Nilai Sebenar Syarikat
Kalau nak beli kereta, kita mesti tengok dulu enjin kereta ni okay ke tak? Jaga servis ke tidak? Ada rosak apa-apa ke? Berapa lama lagi kereta ni boleh bertahan? Sama lah juga kalau kita nak beli barang, kita mesti tengok dulu harga dia berbaloi ke tidak untuk dibeli.
Tapi peliknya, bila dalam pelaburan dan jual beli saham tak ramai pula nak tengok dulu:
- “Saham ni datang dari syarikat macam mana?”
- “Untung syarikat naik ke turun?”
- “Banyak hutang ke?”
- “Produk dia orang beli lagi ke?”
Pentingnya Fundamental Analysis
Kenapa Fundamental Analysis penting? Sebab ianya ilmu untuk tahu apa yang kita beli. Kita bukannya setakat nak tengok harga naik turun, tapi nak tengok siapa dan apa di sebalik saham tu. Semua tu bantu kita nilai sama ada syarikat tu kukuh atau sekadar popular semata. Mudah je kan?
Bayangkan anda beli saham Nestlé yang produk dia orang makan hari-hari. Untung stabil, dividen setiap tahun masuk. Bila kita tahu semua ni, kita tak mudah gelabah kalau harga saham tu jatuh sekejap.
Sebab kita tahu, macam dalam petikan Mimmo.Life yang saya pernah tulis:
Aku nak beli bisnes, bukan beli harga.
Fundamental Analysis sesuai untuk siapa?
- Yang suka faham sebelum melabur
- Yang nak simpan saham lama-lama
- Yang tak nak ikut orang membuta tuli
- Yang tak suka pening kepala
Seperti yang pernah ditulis juga di dalam Mimmo.Life oleh saya:
Geng fundamental ni biasanya beli dan simpan. Kalau dia tengok potensi syarikat tu bagus, dia sanggup tunggu bertahun-tahun sebab dia nampak nilai sebenar syarikat tu pada masa akan datang.
Kita tak perlu jadi akauntan pun untuk kita tahu baca sikit-sikit laporan kewangan syarikat sebab itu dah cukup baik untuk mula. Pelaburan bukan soal cepat kaya. Ia soal sabar, soal yakin dan soal ilmu. Apabila kita tahu nilai sebenar syarikat, kita tak takut bila pasaran goyang.
Kesimpulan
Ingat tau! Saham bukan nombor dan harga semata-mata. Di sebalik setiap saham, ada “real” bisnes yang tengah berjalan. Jadi, tugas kita sebagai pelabur ialah kenal pasti bisnes mana yang kita minat dan nak miliki. Selamat Melabur!
0 Comments