Pelaburan Bukan Jalan Singkat. Tapi, Kenapa Ramai Dah Tersesat?

Apa Patut Kita Buat?1 min


0

Sekarang ni ramai anak muda dah mula berjinak dengan pelaburan dan trading.

Tidak kira sama ada yang bekerja di pejabat, delivery rider malah ramai juga peniaga kecil yang sudah terpalit dengan “demam” yang susah nak kebah ni. Apa punya virus yang menjadi punca demam ni?

Semua orang nak bebas kewangan!

Semua orang nak pegang duit sendiri!

Semua orang nak bebas berbelanja!

Semua orang tak nak harap duit gaji semata!

Kita kena akui ianya satu perkembangan yang bagus untuk mindset rakyat negara kita Malaysia. Dalam masa sama, institusi pelaburan yang menjaga pelabur-pelabur di dalam Malaysia juga sangat ketat dan tersusun.

Tapi, dalam ramai-ramai yang mula melabur ramai juga yang tersesat jalan. Kenapa dan apa puncanya?

Bila semangat lebih laju dari ilmu kita pun mula lah tanpa asas yang kukuh. Bukan kerana tak pandai, bukan kerana malas, tetapi dek kerana terlalu mudah percaya.

Seperti yang pernah dikongsikan dalam artikel saya berkaitan pelaburan juga di MIMMO LIFE:

Sekarang ni buka je media sosial banyak tengok anak muda cerita pasal trade, forex, saham dan yang paling trending sekarang “copy trade” atau pun “AI robot pelaburan”. Tapi persoalannya Ilmu tu datang dari mana? Betul ke? Atau kita dah terpedaya dengan orang yang suka ambil kesempatan?

Kita bukannya akan bermula sebagai seorang pelabur, tetapi sebaliknya sebagai mangsa yang menunggu masa untuk dikorbankan.

Macam-macam nama. Macam-macam gaya. Tapi semuanya berkongsi satu benda, risiko yang ditanggung, tidak akan pernah diceritakan. Segalanya tentang dream big yang terawang-awangan.

Kenapa Ramai Tersesat?

Sebab pelaburan dah jadi industri glamor, bukan lagi bidang ilmu professional. Dulu orang belajar saham, Forex atau emas kena baca buku, pergi seminar, rujuk data dan belajar dari yang pakar. Sekarang cukup sekadar tengok video pendek sikit, terus rasa boleh terjun dalam market.

“Fazly, Salah Ke Nak Mencuba?”

Tak salah.

Yang salah bila kita cuba tanpa ilmu, tanpa tahu risiko dan terlalu percaya pada testimoni palsu.

Jadi, Apa Patut Kita Buat? – Your Action Plan

  • Kaji – Baca – Tanya.
    Jangan buat keputusan pelaburan sebab tengok orang lain berjaya. Kita tak tahu cerita dia di belakang tabir.
  • Belajar dari yang berdaftar, bukan yang popular.
    Pilih sifu yang tak jual mimpi. Dia ajar realiti.
  • Bezakan antara motivasi dan manipulasi.
    Kalau terlalu indah bunyinya, mungkin itu perangkap.
  • Ingat: risiko tak boleh hilang, tapi boleh dikawal.
    Ilmu adalah alat kawalan itu.

Kesimpulannya

Pelaburan bukan Skim Cepat Kaya atau Jalan Pintas Kaya. Kalau ada orang janji hasil cepat, bebas risiko, untung hari-hari itu bukan pelaburan namanya, itu iklan. Iklan yang tak jujur selalunya “mahal” harga dia.

Seperti yang dikongsikan dalam satu penulisan:

“Dalam dunia pelaburan sebenar, yang lambat biasanya selamat. Yang cepat kaya? Selalu cepat hilang.”


Like it? Share with your friends!

0

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Fazly Tahir

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Choose A Format
Personality quiz
Series of questions that intends to reveal something about the personality
Trivia quiz
Series of questions with right and wrong answers that intends to check knowledge
Poll
Voting to make decisions or determine opinions
Story
Formatted Text with Embeds and Visuals
List
The Classic Internet Listicles
Countdown
The Classic Internet Countdowns
Open List
Submit your own item and vote up for the best submission
Ranked List
Upvote or downvote to decide the best list item
Meme
Upload your own images to make custom memes
Video
Youtube and Vimeo Embeds
Image
Photo or GIF
Gif
GIF format