Kuala Kangsar memang terkenal dengan laksa tapi bukan semua laksa kena dengan selera rakyat Malaysia. Bagaimanapun, berdasarkan beberapa faktor "tacit knowledge" dan "tekak orang lama" di dalam bidang citarasa laksa ini, berikut adalah pilihan tekak teman bagi laksa licin di Kuala Kangsar.
Terletak di Kota Lama Kiri, sekitar 1 km daripada simpang Jambatan Sultan Azlan Shah menghala ke Jambatan Sultan Idris Shah, anda hanya perhatikan papan tanda di sebelah kiri.
Anda akan ternampak kebun kelapa sawit kecil, hanya masuk sedikit ke dalam sekitar 50 meter dan anda akan ternampak port Laksa Tangga. Terdapat pelbagai “artifak” di pintu masuk kedai.Terletak di Kota Lama Kanan, di sebelah Sayong melalui Jambatan Sultan Azlan Shah iaitu sekitar 50 meter daripada jambatan, anda akan nampak kedai makan di sebelah kanan. Melalui lorong yang sama anda boleh terus ke Sayong Resort.
Anyway, kalau anda datang sekitar waktu tengah hari, bersedia untuk berpanas sedikit. Anyway, mungkin berbaloi berpanas dengan rasa laksa.
0 Comments